Abah…..
Kami rindu abah..
Dah hampir 11 bulan abah pergi tinggalkan kami,
Rasanya baru semalam adik bergurau dengan abah, masih terngiang2 gelak tawa abah...
Kami rindu abah..
Dah hampir 11 bulan abah pergi tinggalkan kami,
Rasanya baru semalam adik bergurau dengan abah, masih terngiang2 gelak tawa abah...
Abah tau tak,
Adik slalu teringat kat abah, adik rindu nak bergurau dgn abah,
Abah ingat tak mase abah sihat, kita selalu gelak same2,
Walaupun abah tak berdaya nak bercakap, abah paham ape yg adik cakap dgn abah.
Abah, lg sekali adik nak cakap, adik rindu abah..
Adik rindu time kita same2 dulu.. Adik sunyi, bah...
Dulu kalau semua orang kerja atau keluar adik kat rumah tetap ade teman..
Abah selalu jadi teman adik, adik pon selalu jadi teman abah..
Tp sekarang, kalau semua orang kerja, adik duduk sorang2 kat rumah..
Sejak abah tinggalkan kami, kerja adik da tak banyak..
Dulu mase abah ade, adik selalu mandikan abah, adik suapkan abah makan..
Sekarang, semua tu da takde, bah..
Lepas dua tahun abah menderita sakit buatan orang..
Abah terkena sawan.. Masih segar dalam ingatan adik..
Mse tu 10.30 mlm (17/12/08), adik kat rumah nenek, tibe2 mama call adik..
Suara mama cemas sangat, mama suruh adik balik cepat, mama cakap abah sakit..
Adik dengar suara abah kt handfone, abah tercungap2..
Menitis air mata adik, adik tak dapat tahan perasaan adik..
Tak putus adik istighfar, adik takot pape jd kt abah..
Adik sampai je kat rumah mama, adik lari naik atas, adik masuk jer rumah adik tengok abah da terbaring sofa..
Badan abah kejang, mase tu adik menangis tak ingat dunia..
Mesti mase tu abah dengar adik nangis kan.. adik takot pape jadi kt abah..
Jiran rumah kita semua datang rumah.. dorang tolong urut2 badan abah..
Adik pon urut tangan abah, tangan abah sejuk sangat..
Airmata adik tak benti mengalir, bah..
Lepas ambulance smpai kak ieja dengan mama teman abah dalam ambulance.
Adik nak teman tp ambulance tu boleh 2 org waris je boleh naik..
Sampai hospital, dorang masokkan abah kat zon kritikal..
Sedara mara kita pon datang, dorang tenang kan kami..
Lepas 2 jam kat emergency, doktor panggil waris, kami semua pergi..
Doktor tu terangkan keadaan abah, dia cakap abah kena sawan dan sawan tu kuat sangat, ubat yg doktor bg pon tak dapat benti kan sawan abah..
Doktor terpaksa bg abah ubat tido.. doktor cakap tu je cara nye, kami semua setuju kalau tu yg terbaik untuk abah..
Doktor bg kami tengok abah kjap.. airmata ni mengalir serta merta..
Maafkan adik, bah.. adik tak dapat tahan airmata adik..
Adik kesian tengok abah.. tubuh badan abah mse tu penuh dengan wayar..
Mesti mase tu abah dengar adik nangis kan..
Tp, adik bangga dengan mama, mama orang yg paling tabah dalam keluarga kita..
Adik tengok mama tenang je terbaring mse kami tengok abah.. walaupon adik tau hati mama sedih sangat tengok suami tercinta dalam keadaan tidak sedar kan diri..
Pastu abah masok icu.pukul 3pg, kakak suruh balik rumah, rehat dulu.. esok datang balik.. malam tu adik tak boleh tido, adik pikirkan abah..
Adik tak putus2 doa tok abah.. esok nya kami datang tengok abah, abah masih tak sedarkan diri lg, abah di ibarat kan koma.
Maafkan adik abah, setiap kali adik masuk bilik icu, adik tengok abah, adik nangis..
Adik tak sampai hati tengok abah mcm tu.. kalau boleh, adik nak tuka dengan abah, biar adik kt tmpt abah, biarlah adik rasa ape yg abah rase..
Abah, kakak marah adik sebab nangis, kakak cakap kalau abah dengar kami nangis, abah sedih..
Kakak cakap kami kena kuat, kami kena terima semua ketentuan Allah swt..
Petang tu doktor panggil waris abah, kami semua pergi, doktor terangkan keadaan abah kt kami..
Kata doktor, abah dah takda harapan, sekarang abah bernafas pon depends on machine..
Dan abah akan pergi tinggal kan kami semua buat selama2 nya bila2 masa jer..
Kami semua menangis, bah.. kami tak sedia lagi kehilangan seorang hero keluarga kami..
Kami sayangkan abah.. tp dengan kuasa tuhan yg maha menyayangi, lepas kami tak putus2 membaca surah yassin untuk abah.. esoknya abah kembali stabil..
Abah tau tak betapa kami bersyukur dengan keadaan abah mase tu..
Lepas 5 hari abah kat icu, abah di tukarkan ke wad biasa.. abah pun da sedar kan diri.. semakin hari abah semakin pulih.. kat wad biasa abah kena tahan 2 minggu, doktor cakap abah semakin sihat n ade tindak balas..
Kami bersyukur kpd Allah swt lepas 2 minggu, abah dibenarkan balik ke rumah.. kami buat keputusan nak duduk rumah nenek buat sementara waktu..
Abah tau tak perasaan adik gembira sangat2.. tp adik kesian kan abah, abah tak boleh makan, abah boleh minum jer, tu pon minum ikot tiub..
Badan abah mkin kurus sbb tak makan.. mase kat rumah nenek, adik dengan abang yg jage abah.. kami mandikan abah same2, kami bg abah minum susu, kami angkat abah same2 dudukkan kat kerusi.. abah mesti ingat kan?
Tp, sume tu tak lame, paling menyedihkan abah kena attack sawan buat kali kedua..
Mse abah kena attack sawan kali kedua tu, adik sorang jer ade kat rumah.. abang keluar jumpe kawan dia.. Mase tu adik tengah syok tgk cite jelita, adik perasan abah diam je, adik panggil abah, abah wat taktau jer. Adik rase tak sedap hati sangat, adik call abang,tp abang tak angkat..
Lepas tu adik call kak ieja, adik suruh dia balik, mase tu abah da kejang, adik menangis2 kt sebelah abah.. adik takot sangat mase tu.. Adik hanya mampu ajar abah mengucap jer.. tak lame lpas tu abang balik, abang terus call ambulance.. lpas ambulance sampai, mama dengan kak ieja pon sampai kat rumah nenek.. kami terus ikot ambulance bawak abah ke HKL.
Sampai kat hospital, doktor cakap benda yg same mse abah kena sawan kali pertama.. sawan abah kuat, dorang terpaksa bg ubat tidur kat abah..Paling menyedihkan, doktor bgtau kt kami yg abah dah takde harapan, dan bila2 mase jer abah akan tinggalkan kami.. doktor suruh kami bersedia..
Keesokkan hari nya, doktor bgtau kami, abah ade jangkitan paru2, dan darah abah ade kuman.. dan kuman tu boleh berhenti kan fungsi organ dalam badan abah..
Lepas seminggu abah koma, 23/1/09 4.50pm. doktor bgtau kami yg abah tak dapat diselamatkan lagi. Abah telah pergi tinggal kan kami buat selama2 nya.. mesti abah nmpk mama, kakak, abang dengan adik menangis kan.. dan abah mesti nampak kak ieja hampir nak pengsan lepas tengok jenazah abah kn.. Mase adik tengok jenazah abah, nurse tengah pakaikan jenazah abah dengan kain putih.. mase tu hanya tuhan je tau perasaan adik.. abah nampak adik cium dahi abah kan..
Lepas urusan hospital selesai kami balik ke rumah nenek, dalam perjalanan balik keadaan suram je.. sampai kat rumah nenek, ada sedara mara yg da sampai untuk melawat, kami menangis..
Kami tak bersedia untuk kehilangan abah.. tapi kami redha dengan pemergian abah buat selama2 nya..
Pukul 7 ptg, jenazah abah sampai kat rumah nenek, adik tengok jenazah abah tersenyum, mungkin abah da lepas derita setelah 2 tahun lebih abah sakit.. jenazah abah dikebumikan pada keesokkan pagi, sabtu 24/1/09 pukul 9 pg.. pada malam tu, kami bergilir2 sedekah bacaan yassin untuk abah..
Esok nya, pukul 7lbh, jenazah abah dimandikan.. kami turut serta menyiram air ke jenazah abah..
Airmata ni tak benti2 mengalir.. adik teringat, selalu nya adik mandikan abah.. tak diduga kali ni adik mandikan jenazah abah..
Adik cuba tabah kan hati ni, adik cuba menahan air mata, sebab taknak abah pun turut sedih meninggalkan kami.. selepas mandikan dan mengapan kan jenazah abah, kami memberikan penghormatan terakhir untuk abah.. kami bergilir2 mencium dahi abah.. maafkan adik abah, kali ni adik mmg tak dapat menahan air mata adik.. rase nya baru semalam kita bergurau, gelak same2.. tp sekarang, abah tinggalkan kami buat selama2 nya...
Abah, thx for all your love, your care, terima kasih sebab hantar adik pg sekolah, dr tadika, sampai la ke form5.. adik ngaku, adik banyak dose ngan abah, adik minta ampun..
K la, ni jer adik nak luah kan.. adik tak tau nak luahkan kt sape.. kalau nak luahkan kt mama, adik tak nak mama sedih teringat kan abah.. abah, semoga roh mu dicucuri rahmat ilahi.. kami sentiasa mendoakan agar roh abah ditempatkan ditempat org2 yg beriman.. aminnnn..
RSS Feeds


0 comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.